Saturday, March 6, 2010

BIODATA SAIDINA OMAR BIN AL KHATTAB (PENTADBIR YANG ULUNG)

BIODATA TOKOH:

NAMA : OMAR BIN AL-KHATTAB BIN NAUFAL

KETURUNAN : BANI A'DI,QURISH

TARIKH LAHIR : 584(13tahun selepas kelahiran rasul)

TEMPAT LAHIR : MEKAH AL MUKARRAMAH

JAWATAN : KHALIFAH KE2 KHULAFA' ARRASYIDIN

TARIKH PERLANTIKAN : SELASA,22 JAMADILAKHIR TAHUN 13H BERSAMAAN 28 OGOS 634M

TEMPOH PERKHIDMATAN : 10 TAHUN 6 BULAN

TARIKH WAFAT : ZULHIJAH TAHUN 23H(USIA 63 TAHUN)

SEBAB KEWAFATAN : DIBUNUH OLEH HAMBA MAJUSI BERNAMA FAIRUZ (ABU LU'LU')

GELARAN : AL-FAROUK ( pemisah antara yang hak dan yang bathil )

Friday, March 5, 2010

SAIDINA OMAR BIN AL KHATTAB (PENTADBIR YANG ULUNG)

sebelum memeluk Islam,Omar Al-khattab sangat kuat memusuhi orang-orang Islam,berani dan sanggup melakukan apa2 sahaja kepada musuh-musuhnya..

CARA SAIDINA OMAR MENDAPAT HIDAYAH UNTUK MEMELUK ISLAM:

-Beliau memeluk Islam setelah terdengar kalimah dan ayat2 suci Al-Quran yang dibaca oleh adiknya.
-Omar tertarik dengan kandungannya dan meminta Rasullullah s.a.w mengajarnya tentang Islam.


BUKTI KEBERANIAN SAIDINA OMAR AL-KHATTAB:

-mengistiharkan pengislamannya secara terbuka tanpa takut kepada seksaan Qurish.
-menunaikan solat di hadapan Kaabah di hadapan umum.
-mencabar sesiapa yang berani menghalangnya ketika ingin berhijrah ke Madinah.

KESAN DARIPADA PENGISLAMAN OMAR AL KHATTAB:

-Islam semakin berpengaruh di kalangan masyarakat arab.
-Umat Islam dapat beribadah dengan selesa.
-keyakinan Umat Islam semakin bertambah.

BUKTI SAIDINA OMAR AL-KHATTAB SEORANG YANG ADIL:

-Mengagihkan sendiri keperluan rakyat dari Baitulmal(rumah harta)
-Menghukum anaknya sendiri yang didapatibersalah sehingga melibatkan kematian anaknya itu.

SIFAT2 PERIBADI SAIDINA OMAR AL-KHATTAB:

-Berani menegakkan kebenaran
-adil dalam pentadbiran
-tegas dalam melaksanakan hukum Allah S.W.T.
-Bertanggungjawab dan amanah ketika menjalankan urusan kerajaan

SUMBANGAN SAIDINA OMAR AL-KHATTAB DALAM BIDANG PENTADBIRAN:

-Mengemaskini majlis syura.
-Mengasaskan jabatan-jabatan tertentu dalam kerajaan seperti jabatan ketenteraan,jabatan cukai dan harta dan jabatan persuratan
-pisahkan kuasa kehakiman dari pentadbiran
-mengasaskan takwim Islam

SUMBANGAN SAIDINA OMAR AL-KHATTAB DALAM BIDANG DAKWAH:

-Penyebaran dakwah ke wilayah-wilayah seperti Mesir,Parsi dan Rom.
-menghantar gabnor ke wilayah-wilayah baru untuk berdakwah dan mentadbir.
-menghantar ulamak-ulamak kemerata-rata.

SUMBANGAN SAIDINA OMARAL-KHATTAB DALAM PEMBANGUNAN NEGARA:

-Mengemaskini institusi baitulmal.
-meneroka kawasan-kawasan baru untuk pertanian.
-mendirikan rumah persinggahan untuk musafir.
-mendirikan sekolah untuk mereka yang baru memeluk Islam.

PENGAJARAN YANG BOLEH KITA CONTOHI DARI KISAH SAIDINA AL-KHATTAB:

-Berani kerana benar.
-berusaha membuat perubahan dalam negara untuk kemajuan umat Islam.
-pemimpin perlu membela nasib rakyat.
-keyakinan yang kukuh pada kekuasaan Allah.