sebelum memeluk Islam,Omar Al-khattab sangat kuat memusuhi orang-orang Islam,berani dan sanggup melakukan apa2 sahaja kepada musuh-musuhnya..
CARA SAIDINA OMAR MENDAPAT HIDAYAH UNTUK MEMELUK ISLAM:
-Beliau memeluk Islam setelah terdengar kalimah dan ayat2 suci Al-Quran yang dibaca oleh adiknya.
-Omar tertarik dengan kandungannya dan meminta Rasullullah s.a.w mengajarnya tentang Islam.
BUKTI KEBERANIAN SAIDINA OMAR AL-KHATTAB:
-mengistiharkan pengislamannya secara terbuka tanpa takut kepada seksaan Qurish.
-menunaikan solat di hadapan Kaabah di hadapan umum.
-mencabar sesiapa yang berani menghalangnya ketika ingin berhijrah ke Madinah.
KESAN DARIPADA PENGISLAMAN OMAR AL KHATTAB:
-Islam semakin berpengaruh di kalangan masyarakat arab.
-Umat Islam dapat beribadah dengan selesa.
-keyakinan Umat Islam semakin bertambah.
BUKTI SAIDINA OMAR AL-KHATTAB SEORANG YANG ADIL:
-Mengagihkan sendiri keperluan rakyat dari Baitulmal(rumah harta)
-Menghukum anaknya sendiri yang didapatibersalah sehingga melibatkan kematian anaknya itu.
SIFAT2 PERIBADI SAIDINA OMAR AL-KHATTAB:
-Berani menegakkan kebenaran
-adil dalam pentadbiran
-tegas dalam melaksanakan hukum Allah S.W.T.
-Bertanggungjawab dan amanah ketika menjalankan urusan kerajaan
SUMBANGAN SAIDINA OMAR AL-KHATTAB DALAM BIDANG PENTADBIRAN:
-Mengemaskini majlis syura.
-Mengasaskan jabatan-jabatan tertentu dalam kerajaan seperti jabatan ketenteraan,jabatan cukai dan harta dan jabatan persuratan
-pisahkan kuasa kehakiman dari pentadbiran
-mengasaskan takwim Islam
SUMBANGAN SAIDINA OMAR AL-KHATTAB DALAM BIDANG DAKWAH:
-Penyebaran dakwah ke wilayah-wilayah seperti Mesir,Parsi dan Rom.
-menghantar gabnor ke wilayah-wilayah baru untuk berdakwah dan mentadbir.
-menghantar ulamak-ulamak kemerata-rata.
SUMBANGAN SAIDINA OMARAL-KHATTAB DALAM PEMBANGUNAN NEGARA:
-Mengemaskini institusi baitulmal.
-meneroka kawasan-kawasan baru untuk pertanian.
-mendirikan rumah persinggahan untuk musafir.
-mendirikan sekolah untuk mereka yang baru memeluk Islam.
PENGAJARAN YANG BOLEH KITA CONTOHI DARI KISAH SAIDINA AL-KHATTAB:
-Berani kerana benar.
-berusaha membuat perubahan dalam negara untuk kemajuan umat Islam.
-pemimpin perlu membela nasib rakyat.
-keyakinan yang kukuh pada kekuasaan Allah.
Friday, March 5, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment